Assalamualaikum and Hello to my reader !
    Hari nie dengan bersemangat wajanya aku pergi sekolah. Pukul 8 pagi tadi, aku sambung tidur sampai pukul berapa entah. Tiba tiba, ada orang call. Aku meraba-raba cari phone dan berkata siapalah yang call aku awal awal pagi nie, haa. Then, aku tengok screen phone nama budak kelas aku. Aku angkat je lah dan berkata apahal kau kacau aku pepagi buta nie. Dia kata lah, pagi kepala HOTT-tak kau ! Aku jawab, bukan ke perjumpaan tengah hari nanti. Dia kata lagi, bukan ke cikgu suruh datang pukul 8. Lepas tu pun aku bangun terus mandi. 

    Awal gila aku sampai tadi, budak budak kelas aku seorang pun tak ada lagi rupanya. Selalunya diaorang lah orang TER-awal datang dan aku lah orang yang TER-akhir datang. Pagi tu juga semua cikgu ada meeting with pengetua baru kami. Ramai jugak lah aku tengok budak budak datang sekolah tadi. Polis dengan latihan kawadnya , budak bola dengan latihan bola sepaknya dan budak budak dengan menghiaskan kelasnya. Haa, aku kategori BUDAK BUDAK DENGAN MENGHIASKAN KELASNYA lah. 

    Semangat gila kott tadi aku nak menceriakan kelas. Mula mula, ramai jugak lah yang tolong lepas tu ramai pulak tukang tengok nya. Aku apa lagi, marah je lah diorang tu. Sebab cikgu dah bagitau aku semalam suruh AWASI bebudak kelas tu semua. Perhh~ menyampah aku buat kerja tu. Okay, abaikan. Dah siap benda benda alah yang nak di tampal , aku pun tampal lah dekat papan kenyataan belakang. First, Amnur tolong aku tak sampai setengah jam dia kata dia nak pergi mana entah. Okay, aku lepaskan. Then, aku panggil je lah budak budak mana yang tak buat kerja tolong aku. So dapat lah seorang manusia yang bernama Afif untuk membantu aku menampal benda alah semua tu. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak papan belakang tu. Dah siap yang belakang kena lah buat yang depan pulak. Sementara menunggu Intan, Nik dengan Amirah potong kertas tampal tampal tu, aku tolong lah cat kelas. Dan taadaaaaaa~ wall bertukar warna purple. Awww, cantiknya^^ 
I LOIKE THAT PURPLE ! Purple cair gitu. 


     Kerja mengecat di serahkan kepada budak lelaki yang ada. Pada masa yang sama , aku kena turun sebab perjumpaan PBSM pukul 10.30 pagi. Sebelum tu, aku lepak dekat koridor kelas dan aku terdengar orang memanggil namaku lalu di pinta untuk turun dengan segera HAHA kakak tu sebuk je, baru nak lepak kejap, sorry kakak :D Selepas berkumpul di kantin sekolah, kami pun di bawa ke belakang bengkel untuk berkawad. Ouhh YEAHH , suka sangat sangat lah aku :'(  Budak budak yang pernah masuk kawad tahun lepas kena ajar dan handle budak PBSM yang di pecah pecahkan dalam beberapa kumpulan. Aku dapat group kebanyakan nya kakak senior dan seorang kawan aku. Ada seorang kakak nie, muka dia macam kawan kepada kakak aku nama,dia Pedot. Ajar punya ajar , habis lah sudah time perjumpaan. Aku naik kelas balik nak ceriakan lagi kelas tu. 


     Sebelum sampai kelas, Nik kata " Wehh, kau naik atas nanti berishtifar banyak banyak taw." Aku tak faham then terus naik. Bila masuk kelas, OOO-WAHHHH ! habis kena conteng conteng. Means comot gila budak lelaki buat, group Alan Hisham Syazmie dan konco konconya. Mangkuk ayun betul lah diorang nie. Patut lah message aku bagitau diorang nak balik. Rupa rupanya, ada udang di sebalik mee. Jadi terpaksalah aku dan member yang ada dalam kelas tu turun padang mengecat sampai lembam. Habis satu seluar aku kena cat. Kaki seluar je lah. Selamat ada Pn Ainey tolong sikit sikit kita orang buat. And  then, cikgu bagitau dia ada hal dekat luar so dia harap kita orang dapat siap kan semua. Dalam pukul 2.30 petang, siap lah sudah kerja kerja menceriakan kelas tu haa. Dan last sekali, kerja kerja mencuci pulak. Aku , Intan dengan Najiha kena cuci berus berus cat tu semua. Lepas habis tu, baru aku perasan seluar aku dah jadi seluar polka dot ouhh HAHA canggih beb ! Kerja menampal sticker wall akan beroperasi hari Isnin nanti. 


Best gila lahh buat kerja kerja nie,  tapi satu je yang tak best. TAK DAPAT AMEK GAMBAR LANGSUNG SEBAB TAK ADA BATERRY !  THANKS A LOTS atas kerjasama anda semua ^^ 

 * sorry reader , panjang gila tapi tak ada bahan